Friday, August 10, 2007

Email Kakak


Hidup akak alhamdulillah, bertambah baik hari demi hari. Dari semua segi. Ada perkembangan yang mula meyakinkan. Walaupun samar-samar tapi akak yakin yang Allah takkan biarkan akak sendirian. Akak boleh tersenyum gembira bila tengok bunga yang akak tanam mula kembang, bila nampak dari kejauhan matahari nak terbenam di sebalik bangunan sekitar KLCC, bila dengar burung berkicau luar tingkap bilik, bila ditimpa hujan lewat petang sambil mengharung banjir separas buku lali, bila tengok ada e-mail dari orang jauh.. :) banyak benda yang boleh buat kita happy walau sebesar manapun ujian, walau seberat manapun tanggungan kan? Dan satu senyuman walaupun singkat, cukup nak membuktikan akak alhamdulillah sihat dan masih hidup.

Satu hari tu akak ada bercakap dengan seseorang, journalist yang biasa menulis pasal perang. Kebetulan masa itu baru saja bising-bising pasal bom kat tengah kota London. Dia dengan semangatnya kata yang orang Islam yang jadi pengebom berani mati tu rubbish, dia kata dia malu ada saudara seislam macam tu. Akak kata dia paradoks. Akak kata dah nyata yang kalau perang itu antara orang Islam dan yang belum Islam tu, terang yang kita kena sebelahi orang Islam. Dia kata akak salah persepsi, perang tu sepatutnya di medan perang, antara askar Islam dan yang belum Islam, yang bersenjata dan yang bersenjata. Dia marah betul. Katanya lagi pengebom berani mati tu pengecut sebenarnya sebab sasarannya orang awam yang lemah. Akak tak boleh nak kata apa-apa. Dalam hati akak rasa apa yang dia cakap tu ada benarnya, dan akak biarkan diri akak terpengaruh sikit dengan pendapat dia.
___________________________________________________________________


Hidup selagi hidup, setiap kali kita rasa berat dengan ujian Allah, ingat janji Allah dalam surah Al Insyirah, surah 94, bersama kesulitan mesti ada kesenangan dan kemudahan... Macam kata mat saleh, ‘every dark cloud has a silver lining’. Tambah-tambah lagi kita orang Islam, setiap hari adalah siri-siri ujian daripada Allah, kebaikan atau keburukan, dua-duanya ujian daripada Allah. Nasihat untuk diri saya juga, sebab hari-hari saya semakin berat dan padat dengan perubatan dan sastera.

Berkenaan soal teroris tu. Saya setuju dengan pendapat kawan kak tu sebab pendapat dia bersesuaian dengan pendapat ramai ulama besar dunia sekarang, tapi saya halusi sikit apa yang dia cakap tu. Pertama, dalam sejarah Islam kita dapati banyak lahir kumpulan-kumpulan yang terkeluar daripada petunjuk Quran dan Sunnah. Itu sebab ada orang yang memanggil Osama Ben Laden dan kumpulan jihadi yang seumpamanya sebagai Khawarij. Saya tak nak komen banyak pasal Osama, sebab tak ada bukti dia dalang dalam 9/11 dan lain-lain serangan di Eropah, tapi tindakan dia menyediakan kumpulan jihad menentang pencerobohan AS dan sekutu (sewaktu permulaan konflik Osama-AS) di Afghanistan adalah usaha jihad yang bersesuaian dangan tuntutan agama. Soal Khawarij ini, ternyata satu fitnah yang besar terjadi sewaktu era Khulafa Ar-Rasyidin, untuk lebih khusus, zaman Saidina Ali ra dan ketika itu masih ramai sahabat besar yang hidup termasuk Ibnu Abbas – didoakan Rasulullah untuk mahir dalam takwil Quran. Kelompok Khawarij melancarkan 'jihad' terhadap sahabat-sahabat besar waktu itu kerana mereka tersilap tafsir Quran dan sunnah, menafsir Quran dan sunnah mengikut pendapat sendiri menyebabkan ribuan nyawa terbazir. Begitu juga dengan wujudnya kumpulan Syiah yang mendewakan Ali dan mengkafirkan ramai sahabat besar yang lain termasuk Abu Bakar, Omar dan Usman. Yang menariknya, Saidina Ali sendiri dalam banyak sumber sahih menghukum kelompok Syiah dan menyuruh mereka bertaubat. Lebih menarik, Khawarij dan Syiah pada mulanya terpecah dari Ahlu Sunnah disebabkan soal imamah, tidak mahu taat kepada pemimpin yang pada tafsiran mereka bermaksiat dan menyangka tindakan mereka lebih tepat daripada tindakan orang yang lebih ahli daripada mereka. Macam itu juga dengan situasi sekarang, kumpulan jihadi menggunakan ijtihad sendiri konon melawan kafir dengan membunuh orang awam di zon bukan perang sedangkan ulama mengatakan tindakan mereka haram di sisi agama. Dalam ibadah, untuk sesuatu diterima sebagai ibadah ada dua komponen penting, 1. niat 2. bertepatan dgn syariat atau ada dalam syariat. Jadi tindakan kumpulan jihadi ini, niat betul, cara salah. Soal masuk neraka atau syurga, diterima atau tidak tindakan mereka, itu kita bagi kepada Allah, itu dah masuk soal ghaib. Saya tak senang memanggil mereka ‘rubbish’, sebab orang yang keliru tapi mahu berbakti untuk agama, kita tak boleh panggil dia ‘rubbish’, sebaliknya kita kena bimbing dia. Kita pun kena bagitahu kepada semua umat Islam dan bukan Islam, tindakan begitu bertentangan dengan apa yg disyariatkan agama.

Kedua. Ada pun soal pengebom berani mati di zon perang termasuk Israel, ramai ulama menggelarkan mereka syahid, saya selari dengan pendapat ulama ini. Termasuk mengebom di 'kawasan awam' Israel. Sebagai contoh, Yusuf Qardhawi tak menganggap orang awam di Israel itu orang awam, sebab kebanyakan mereka menerima latihan tentera. Saya sokong pendapat Qardhawi sebab semua orang tahu termasuk Yahudi yang berhijrah ke Israel, bahawa tanah yg mereka duduk itu tanah Palestin yang telah mereka ambil secara paksa selepas Perang Dunia Pertama melalui Balfour declaration. Jadi satu kewajipan untuk umat Islam Palestin mempertahankan kedaulatan negara diorang tambah lagi di situ ada tempat ketiga suci umat Islam. Satu yang hairan, kalau kita tahu tanah tu sedang berperang, tanah tu hasil rampasan, kenapa kita datang lagi tempat tu? Itu yang jadi kepada Yahudi dan polisi Yahudi sekarang, diorang terus-terusan berpindah ke Israel, jadi Israel itu adalah zon perang. Cantiknya Islam, dalam Islam malah ada Feqh khusus membincangkan bab Perang. Dalam feqh ini malah tebang pokok sesuka hati tanpa keperluan pun haram. Kalau kita ingat Fathul Makkah, macam mana Rasulullah kata, kalau duduk dalam rumah suci, selamat daripada tindakan ketenteraan, kalau duduk dalam rumah Abu Sufian selamat, kalau duduk rumah sendiri selamat. Soalnya, Israel itu bukan rumah Yahudi Zionis. Itu zon perang yang mereka masuk secara suka rela. tanah umat Islam yang mereka rampas secara paksa. Lebih paradoks, ada ramai Yahudi yang tinggal di kalangan penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat, malah menyokong usaha menghalau Zionis seperti satu gerakan Yahudi Ortodoks yang namanya Naturei Karta. Ada juga orang-orang Kristian yang tinggal di sana berjuang bersama penduduk Palestin, antara kisah perjuangan yang terkenal ialah Rachel Corrie. Tapi kita patut bersedih, ramai juga anak-anak kecil Yahudi yang tak berdosa menjadi mangsa kebodohan dan kejahatan ibu bapa mereka mengusung mereka masuk ke zon perang. Semoga anak-anak Yahudi yang tak berdosa itu ditempatkan di syurga oleh Allah bersama ribuan anak Palestin yang mati dibunuh Zionis. – Pun begitu ada ulama yang memfatwakan haram tindakan pengebom berani mati di Israel (wallahualam).

Ketiga. Ada orang cakap Islam tersebar dengan mata pedang. Sebetulnya penyebaran Islam berlaku macam ini, Sewaktu era madinah, Rasulullah hantar para sahabat (dan surat buat pemerintah) dengan aman untuk tujuan dakwah kepada penduduk setempat dan luar Madinah, kalau pemerintah setempat tak bagi diorang sebar Islam dengan berdakwah malah paksa Islam nyah daripada bumi mereka baru dibuat tindakan ketenteraan. Paradoks, Bush paksa Negara-negara macam Iraq, Afghanistan, Iran, terima demokrasi dan letak pemerintah boneka orang kata perang menentang keganasan. Kita tengok dari sudut politik, negara yang terpaksa diserang tentera Islam adalah negara yang mengancam untuk memerangi Islam dan Negara pemerintahan kuku besi, menyeksa rakyat, memeras ugut rakyat dan sebagainya. Terbukti rakyat terseksa di bawah mereka, itu sebab ramai rakyat mereka yang khianat kepada pemerintah, paling terkenal adalah kisah kejatuhan Byzantine. Politik! Apabila tahu empayar mereka nak diserang orang Islam, mereka akan tipu rakyat mereka, momok orang Islam 'blood-suckers', bunuh orang tak bersalah, lalu orang-orang yang termakan dakyah ini angkat senjata, paksa anak-anak mereka angkat senjata, daripada alat bertani macam cangkul sampai pedang, lalu ramai terkorban dalam peperangan itu, ambil contoh siri-siri perang salib. Matinya perempuan-perempuan, anak-anak dan orang awam yang mengangkat senjata akibat ditipu pemerintah/paderi, orang kata Islam tersebar dengan mata pedang! Bila mana mereka sudah mengangkat senjata, bererti mereka adalah tentera. Cuba kita tengok apa jadi waktu pembukaan Palestin di tangan Umar, aman, macam mana orang Yahudi dan Yahudi mendapat tempat tertinggi di Cardoba dan Baghdad waktu empayar Islam di puncak. Islam tersebar dangan mata pedang, kononnya betul secara politik, tapi dari segi hakikat sejarahnya, paradoks! Labih kita rasa hairan kalau kita tengok sistem jizyah yang perlu bukan Islam bayar untuk duduk dalam negara Islam, mereka malah tidak diwajibkan menyertai tentera bila berlaku serangan musuh. Lagi, kalau negara diserang musuh, dan umat Islam tak sanggup dan tak mahu untuk pertahankan nyawa dan harta bukan Islam ini, menurut sesetengah pendapat mesti dipulangkan semula wang jizyah mereka! Lalu kita jadi hairan bila orang kata Islam tersebar dengan mata pedang!

Kak, sejarah berulang. Macam roda. Hari ini kita tengok sejarah berulang lagi. Macam mana orang boleh ingat semua nama tentera Israel yang beberapa orang mati, tapi ribuan anak-anak Palestin yang mati tak siapa sebut nama diorang kecuali keluarga-keluarga diorang yang bersedih Wallahualam.